Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SEB: Siap sedia gangguan elektrik semasa Aidilfitri
  • TEMPATAN

SEB: Siap sedia gangguan elektrik semasa Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago
KEBERKATAN RAMADAN… Datuk Sharbini Suhaili dan yang lain memeriahkan majlis Berbuka Puasa SEB di BCCK, hari ini. -Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan gangguan bekalan elektrik menjelang sambutan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Datuk Sharbini Suhaili menjelaskan bahawa pihaknya telah menyediakan pelan kontingensi bagi memastikan pemulihan bekalan dapat dilakukan dengan segera sekiranya berlaku gangguan.

“SEB komited memastikan perkhidmatan yang cekap dan berdaya tahan untuk kesejahteraan rakyat, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

“Orang ramai digalakkan untuk melaporkan sebarang gangguan bekalan atau aktiviti mencurigakan berhampiran aset elektrik melalui talian hotline atau aplikasi SEB cares atau laman Facebook Carina Sarawak Energy’,” katanya ketika majlis Berbuka Puasa SEB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, penganjuran majlis iftar berkenaan yang bukan sekadar acara berbuka puasa sahaja tetapi menjadi simbol kebersamaan sempena Ramadan yang penuh keberkatan ini, selain mengukuhkan silaturahim dengan masyarakat setempat.  

“Ramadan adalah bulan untuk bersyukur dan berkongsi rezeki, kami di Sarawak Energy komited untuk terus memberi kembali kepada masyarakat yang telah banyak menyokong kami.

“Sebagai tanda keprihatinan, Sarawak Energy turut menyampaikan sumbangan kepada masjid, surau dan pertubuhan kebajikan di seluruh negeri bagi membantu golongan yang memerlukan sepanjang Ramadan.

“Setiap tahun, sekitar 150 pelajar di Sarawak menerima sokongan melalui program ini dengan keutamaan diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dalam komuniti yang berdekatan dengan projek SEB,” ujarnya.

OLEH MASRIN AFFIRAH

BERINRTERAKSI… Datuk Sharbini Suhaili menyantuni tetamu yang hadir semasa majlis Berbuka Puasa SEB di BCCK, hari ini. -Foto HERRIEY NAHA

Continue Reading

Previous: Jaga kebersihan Bazar Ramadan Simunjan
Next: Tun Wan Junaidi santuni anggota tentera dalam majlis berbuka puasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.