Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kajian Kebolehlaksanaan Projek Trans-Borneo Railway dijangka selesai tahun depan
  • SEMASA

Kajian Kebolehlaksanaan Projek Trans-Borneo Railway dijangka selesai tahun depan

Utusan Sarawak 2 months ago
TIMBALAN Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kajian Kebolehlaksanaan Projek Trans-Borneo Railway bagi menilai kebolehlaksanaan jaringan kereta api di Sabah dan Sarawak dijangka selesai pada 2026, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Beliau berkata kajian selama 12 bulan itu merangkumi aspek teknikal, komersial, sosioekonomi serta model pembiayaan projek. Hasil kajian tersebut akan dijadikan asas bagi permohonan projek fizikal dan pembangunan sistem kereta api di kedua-dua negeri berkenaan.

“Kerajaan yakin kajian ini dapat membantu dalam perancangan pembangunan rangkaian kereta api secara lebih objektif, sekali gus menyokong visi meningkatkan ketersambungan serta merancakkan aktiviti logistik antara bandar utama di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Robert Lau Hui Yew yang ingin mengetahui sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk membangunkan sistem landasan kereta api di Sarawak dan Sabah terutamanya di antara bandar-bandar utama. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lebih 400,000 guru jalani pengesanan penilaian kompetensi digital
Next: Ops Campur: KPDN rampas 300 kampit beras dirampas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.