Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantu usahawan wanita ubah kehidupan
  • WILAYAH

Bantu usahawan wanita ubah kehidupan

Utusan Sarawak 2 months ago
CERIA… Datuk Rosey Yunus merakam kenangan bersama kakitangan JWKS dan peserta Program Jelajah Pemerkasaan Wanita Sarawak Bahagian Miri di Dewan Masyarakat Bekenu, Miri semalam.

BEKENU: Kerajaan Sarawak komited dalam membantu usahawan wanita meningkatkan taraf hidup serta mendapat peluang adil dan saksama dalam pembangunan ekonomi.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus memberitahu, inisiatif itu bukan sahaja membantu usahawan wanita dari segi kewangan, tetapi memperkukuh jaringan ekonomi di negeri ini.

Katanya, dengan bantuan dan geran berkenaan, diharapkan lebih ramai wanita dapat meningkatkan taraf hidup mereka melalui perniagaan yang mampan dan berdaya saing.

“Jelajah Pemerkasaan Wanita Sarawak 2025 Bahagian Miri menghimpunkan pemimpin tempatan, pegawai kerajaan serta usahawan wanita bagi sesi libat urus berkaitan geran dan bantuan yang disediakan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS).

“Inisiatif ini bertujuan memperkasa kaum wanita Sarawak dengan penyampaian maklumat berkenaan syarat serta prosedur permohonan Geran Pemerkasaan NGO, Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS), dan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika Program Jelajah Pemerkasaan Wanita Sarawak Bahagian Miri di Dewan Masyarakat Bekenu, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menambah, sesi itu turut menekankan kepentingan pemantauan terhadap kemajuan penerima bantuan bagi memastikan peruntukan yang diberikan digunakan secara optimum dan berkesan.

Turut hadir, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Subis, Fauziliana Osman, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Miri, Geraldine Janely Doris Peter Kulai, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Beluru, Esther Maideri Iban dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Telang Usan, Ping Anyi Ngau.

OLEH ADUM LIU

Continue Reading

Previous: Kongsi rezeki bersama komuniti memerlukan
Next: Kuih tradisional masih digemari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.