Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kongsi rezeki bersama komuniti memerlukan
  • WILAYAH

Kongsi rezeki bersama komuniti memerlukan

Utusan Sarawak 2 months ago
HULUR SUMBANGAN… Azman Abdul Rahman dan Kong Jin Ann menyerahkan bakul makanan kepada penerima pada Program Ziarah Ramadan di Masjid Al-Mustaqim RPR Kidurong, Bintulu hari ini.

BINTULU: Sekitar 100 individu terdiri daripada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), dan golongan kurang berkemampuan menerima sumbangan bakul makanan serta bubur lambuk dalam Program Ziarah Ramadan yang berlangsung di pekarangan Masjid Al-Mustaqim RPR Kidurong, hari ini.

Program anjuran Tong Seng Huat (Bintulu) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bintulu itu menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bintulu, Azman Abdul Rahman dan Penolong Pengurus Besar Tong Seng Huat Cawangan Bintulu, Kong Jin Ann.

Menurut beliau, inisiatif itu bukan sahaja untuk membantu mereka yang memerlukan menjelang Ramadan, tetapi juga sebagai usaha memupuk semangat kebersamaan dalam komuniti.

“Terima kasih atas keprihatinan dan kepedulian terhadap golongan yang kurang berkemampuan serta kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. 

“Saya berharap sumbangan ini dapat membantu penerima dan membawa kegembiraan kepada mereka dalam menyambut kemeriahan Ramadan,” katanya ketika ditemui pihak media pada program berkenaan.

Beliau turut berharap agar program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai satu usaha berterusan dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Program Ziarah Ramadan tersebut merupakan tahun kedua penganjurannya dan diharapkan dapat menjadi acara tahunan dalam memperkukuh nilai kebersamaan serta kebajikan dalam masyarakat.

OLEH CAROLYNE UTIH

Continue Reading

Previous: UTS, Hijrah Suri bantu golongan kurang berkemampuan
Next: Bantu usahawan wanita ubah kehidupan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.