Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 300 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Kabong Mei depan  
  • SEMASA

300 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Kabong Mei depan  

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) akan melaksanakan program melabuhkan sebanyak 300 tukun tiruan di perairan Kabong, Mei depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, berkata program melabuhkan tukun ini akan dilaksanakan kira-kira 13 batu nautika dari darat Kabong yang akan dijalankan selama lima hari bermula 5 hingga 9 Mei.

“Ia adalah bertujuan untuk memperkayakan sumber perikanan, mempertingkatkan ekosistem marin, serta menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti di kawasan perairan Kabong,” katanya.

Dalam pada itu, Chee Kadir telah menghadiri perbincangan mengenai ‘Reefball Deployment’ di perairan Kabong bersama Pengurus Besar SFC, Abang Arabi Abang Aimran di Pejabat SFC di sini, hari ini.

Katanya, tukun tiruan yang bakal dilabuhkan itu akan dapat memberi manfaat kepada ekonomi nelayan di daerah ini terutama di kawasan perairan laut Kabong.

“Projek tukun tiruan ini adalah inisiatif kerajaan melalui SFC bagi mewujudkan tempat pembiakan dan pemulihan hasil laut di negeri ini.

“Saya percaya ia juga dapat membantu nelayan tradisi meningkatkan hasil tangkapan ikan, sekali gus menambah pendapatan ekonomi mereka,” katanya.

Chee Kadir berkata, tukun tiruan ini juga dilihat dapat dijadikan sebagai lokasi tarikan pelancong khususnya peminat aktiviti memancing.

“Saya percaya dengan wujudnya tukun tiruan di perairan laut Kabong ini serta di perairan laut di tempat lain di negeri ini, ia sekali gus akan memberi manfaat kepada seluruh nelayan di Sarawak,” jelasnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Exclusive: Preserving Teochew Cultural heritage
Next: Sarawak, Mitsubishi jalin kerjasama bina Loji Janakuasa CCGT di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.