
BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menerima kunjungan hormat daripada pegawai Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Sarikei, semalam.
Kunjungan ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat Meradong tersebut adalah bagi membincangkan persiapan majlis penyerahan Warta Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) bagi kawasan Tulai.
Majlis tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 8 April 2025 dan dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Awang Ali Hasan di Dewan Masyarakat Bintangor.
Kunjungan itu diketuai oleh Penguasa JTS Sarikei, Awan Amal, bersama Pegawai Tanah, Nurezuan Omar Ali, Penolong Pegawai Tanah, Elvis Rasly serta Pegawai Perhubungan Awam JTS Sarikei, Halidi John.
Koung Hiing berterima kasih kepada semua kakitangan JTS Bahagian Sarikei kerana sentiasa memberi kerjasama erat antara satu sama lain selama beliau menjadi wakil rakyat.
“Saya berterima kasih kepada pihak JTS Sarikei di atas kerjasama ini.
“Kerjasama erat antara agensi kerajaan dan pemimpin setempat amat penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Beliau turut menerima surat permohonan dana peruntukan bagi Kelab JTS Bahagian Sarikei untuk menjalankan aktiviti tahunan tahun ini.
Oleh Earl Anek