Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang sumbang katil boleh laras kepada dua warga emas
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang sumbang katil boleh laras kepada dua warga emas

Utusan Sarawak 2 months ago
PRIHATIN….Law King Ing (baring) dan ahli keluarganya bergambar bersama pasukan Pusat Khidmat Repok.

SARIKEI: Prihatin terhadap kebajikan rakyat, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii meneruskan usaha membantu mereka yang memerlukan.

Beliau telah menyumbangkan katil pesakit boleh laras kepada dua warga emas, baru-baru ini.

Jurucakap Pusat Khidmat Repok berkata, penerima bantuan tersebut ialah Sia Mee Sieng, 60, dari Jalan Eng Tai dan Law King Ing, 72, dari Nyelong Park.

“Sumbangan ini diuruskan oleh Pusat Khidmat Repok untuk diserahkan kepada penerima.

“Dato’ Sri Huang Tiong Sii sentiasa komited dalam membantu rakyat tanpa mengira latar belakang, terutama golongan warga emas dan mereka yang mengalami masalah kesihatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, Tiong Sii merupakan seorang pemimpin yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

“Walaupun sibuk dengan tugasan rasmi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii tetap memastikan kebajikan penduduk di kawasannya terjaga.

“Sumbangan katil pesakit boleh laras ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kebajikan yang dilaksanakan sejak beliau menjadi wakil rakyat di Repok dan Parlimen Sarikei.

“Ahli keluarga pesakit berterima kasih kepada Datoʼ Sri Huang Tiong Sii kerana membantu meringankan beban yang ditanggung oleh pesakit,” katanya.

Tambahnya, dengan adanya katil tersebut, ia membantu pesakit berehat dengan lebih selesa dan membantu ahli keluarga pesakit lebih mudah menjaga pesakit yang terlantar di rumah.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tangani segera hakisan di Pantai Lutong
Next: ADUN Meradong terima kunjungan hormat pegawai JTS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.