Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 774 Penolong Pegawai Perubatan diberi jawatan tetap
  • NASIONAL

774 Penolong Pegawai Perubatan diberi jawatan tetap

Utusan Sarawak 2 months ago
BERI SOKONGAN… Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memeriahkan Sambutan Hari Pembantu Perubatan Ke-14 Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur hari ini. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan, selaras komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, setakat ini, 3,264 PPP masih lagi berstatus kontrak dengan 2,661 daripada mereka berada di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, manakala selebihnya di institusi swasta.

“Jumlah perjawatan bagi PPP adalah 17,770 orang dengan 92 peratus atau 16,301 daripadanya sudah diisi dengan berbaki 1,469 kekosongan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Sambutan Hari Pembantu Perubatan Ke-14 Peringkat Kebangsaan, di Hospital Tunku Azizah hari ini.

Usaha berterusan turut dilakukan kerajaan bagi memastikan kemahiran klinikal lebih 25,000 PPP seluruh negara terus diperkasa, relevan dan memenuhi keperluan sistem kesihatan negara, selain meningkatkan kapasiti latihan dan pengambilan tenaga baharu.

KKM terus komited dalam menyokong latihan berterusan dan penambahbaikan kurikulum latihan PPP, selari dengan Pelan Pembangunan Profesion PPP 2016-2030.

Sementara itu, bagi meningkatkan tahap profesionalisme PPP, kementerian kini sedang memperkukuhkan pendaftaran Pembantu Pegawai Perubatan Pakar Teknikal (AMOTeX) sebagai platform kawal selia bagi memastikan PPP berkemahiran tinggi kekal berada dalam perkhidmatan kepakaran di bawah Kementerian Kesihatan.

“Pada masa sama, kementerian menyokong pewujudan perjawatan fleksi bagi PPP dalam bidang kepakaran bagi memastikan tenaga kerja lebih dinamik dan fleksibel mengikut keperluan semasa,” katanya.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: 2,000 anggota APM dihantar ke Sarawak, Sabah
Next: Elak penjawat awam muflis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.