Jurulatih Inter Milan, Antonio Conte berkata pasukannya ‘memberikan hadiah’ kepada Bologna dengan kemenangan 2-1 setelah setelah mereka melepaskan satu gol dan kelebihan pemain untuk melihat cabaran gelaran Serie A mereka begaikan sudah berakhir dengan cara yang dramatik.
Anak buah Antonio Conte memerlukan kemenangan untuk kembali berada lapan mata di bekalang pendahulu Juventus, dan satu di belakang Lazio di tempat kedua, tetapi walaupun mendahului menerusi gol ke-20 Romelu Lukaku dalam kempen kali ini dan bermain melawan 10 orang, mereka gagal mengambil kesempatan.
Juventus berada tujuh mata di tangga teratas setelah menewaskan Torino dalam derby Turin pada Sabtu, ketika Lazio yang berada di kedudukan kedua tewas kepada AC Milan.
Inter, yang juga terlepas sepakanpenalti ketika mendahulu 1-0, kini ketinggalan 11 mata dengan baki lapan perlawanan lagi musim ini dan hanya satu mata di depan Atalanta di tempat keempat yang menewaskan Cagliari 1-0.
“Sudah jelas apa yang berlaku, jadi tidak banyak yang dapat saya katakan,” kata Conte kepada DAZN. “Kita semua harus memikul tanggungjawab kita, pertama sekali saya sebagai jurulatih, kemudian pemain yang melangkah ke padang. Saya rasa kami memberikan Bologna permainan hari ini dan ini bukan kali pertama.
“Kita harus bertanya kepada diri sendiri sekarang, kedua-dua saya dan pemain.”
Pasukan tuan rumah di tempat ketiga mendahului pada pertengahan babak pertama ketika tandukan Lautaro Martinez hasil hantaran lintang Ashley Young di sebelah kiri tekena tiang gol, tetapi Lukaku sudah bersedia untuk menolak masuk bola muntah.
Itu merupakan gol liga ke-20 pemain antarabangsa Belgium ini sejak menyertai Inter dari Manchester United tahun lalu dan yang ke-26 dalam semua pertandingan. – AFP