Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki kongsi detik cemas hampir disambar buaya
  • Tengah
  • WILAYAH

Lelaki kongsi detik cemas hampir disambar buaya

Utusan Sarawak 2 months ago
SERANGAN BUAYA GANAS….Tangkap layar hantaran Har Cello di kumpulan facebook Kamek Miak Sarikei (KMS) NyaLahYe!!! menceritakan detik cemasnya ketika diserang buaya di Sungai Sarikei.

SARIKEI: Seorang lelaki berkongsi detik mencemaskan apabila hampir disambar buaya ganas di Sungai Sarikei pada 8 Mac lalu.
Mangsa dikenali sebagai Har Cello ini berkongsi kejadian cemas ini dalam kumpulan facebook Kamek Miak Sarikei (KMS) NyaLahYe!!! pada pagi tadi.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa dia sedang memukat ikan di sungai tersebut.

“Terima kasih..saya cuma bernasib baik, nasib ia (buaya) sambar dari depan…kalau dari belakang.. habis…nasib sangat-sangat…,” katanya ketika menjawab komen netizen dalam hantaran tersebut.
Har Cello berkata, cemas dengan serangan buaya ganas itu, dia melarikan diri menggunakan perahunya dan meninggalkan pukat di sungai.

TANGKAP layar komen daripada Har Cello.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengalami luka akibat serangan buaya tersebut kerana sempat mengelak sewaktu buaya cuba menyambarnya.

Para netizen yang komen dalam hantaran tersebut berharap dia akan melaporkan kejadian serangan buaya ganas itu kepada pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).

Sementara itu, bagi memudahkan orang ramai membuat laporan berkenaan serangan buaya, pihak SFC dan Sarawak Informations System Sdn Bhd (SAINS) telah melancarkan aplikasi Sarawak Croc Watch yang boleh diakses dengan cara muat turun dari Play Store dan App Store.

Aplikasi ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang selaku wakil Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 29 September 2024 di majlis penangguhan Pesta Belawai 2024.

Ia merupakan sebuah aplikasi mesra pengguna yang dibangunkan khas untuk memudahkan orang ramai melakukan laporan penemuan buaya serta mendapatkan informasi berkenaan penemuan buaya di Sarawak.

APLIKASI SARAWAK CROC WATCH….Aplikasi Sarawak Croc Watch boleh dimuat turun dari Play Store dan App Store.
APLIKASI SARAWAK CROC WATCH….Aplikasi Sarawak Croc Watch boleh dimuat turun dari Play Store dan App Store.

Lima ciri utama aplikasi ini adalah laporan penemuan buaya, peta umum penemuan buaya, 3M (mengenali, memahami dan memulihara) buaya, serangan buaya dan talian untuk dihubungi.
Hotline SFC bagi Bahagian Kuching adalah 019-8859996, 084-349455 (Bahagian Sibu), 086-339842 (Bahagian Bintulu) dan 019-8290994 (Bahagian Miri).

Selain itu, orang ramai boleh berhubung dengan pihak polis di talian 999, bomba (994), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (991) dan TALIKHIDMAT (555999).
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anjung Usahawan mampu pacu ekonomi penduduk
Next: Penduduk Simunjan bakal alami gangguan bekalan air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.