Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: Mangsa terjejas masih berlindung di PPS
  • WILAYAH

Banjir: Mangsa terjejas masih berlindung di PPS

Utusan Sarawak 2 months ago
TEMPAT BERTEDUH… Mangsa yang terjejas susulan banjir dipindahkan ke PPS Dewan Masyarakat Trusan, Lawas.

LAWAS: Setakat 10.00 malam tadi, jumlah mangsa banjir di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Trusan masih kekal dengan 100 orang di PPS Dewan Masyarakat Trusan, 33 di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang dan PPS Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Trusan (36).
Hasil tinjauan Utusan Sarawak mendapati walaupun paras air Sungai Trusan mulai turun, ramai mangsa dan keluarga masih kekal berlindung di PPS berkenaan kerana akses untuk ke rumah masing-masing masih terhad.
Bukan itu sahaj, mangsa juga dibelenggu oleh masalah bekalan air yang menyukarkan mereka untuk membersihkan rumah masing-masing.
Sementara itu, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Bahagian Limbang (JBLB) dalam satu kenyataan memberitahu, Loji Trusan masih beroperasi dengan separuh kapasiti.
Ia disebabkan oleh paras air di Batang Trusan masih tinggi iaitu 8.13 meter (m) dan isu kekeruhan air menyukarkan proses rawatan air serta pengisian semula Tangki Utama Trusan.
Terdahulu, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkesempatan melawat ke tiga PPS berkenaan hari ini telah mengarahkan agar JBALB dapat memastikan bekalan air dapat disalurkan segera kepada penduduk di Lawas, termasuk kawasan yang terjejas banjir.
Pada malam Sabtu lalu, lapan kampung di Trusan yang terjejas akibat banjir menyebabkan 169 mangsa terpaksa dipindahkan ke tiga PPS iaitu Dewan Masyarakat Trusan, SK Lintang Trusan dan SJK Chung Hua Trusan.
Mangsa-mangsa banjir terdiri dari Kampung Senduyun Trusan, Kampung Seberang Kedai Trusan, Kampung Masjid Trusan, Kampung Tengah Trusan, Kampung Balai Trusan,  Kampung Gelapas Trusan, Long Tukon, Long Suang.

OLEH ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir di Tudan terima 500 pek beras, bantuan makanan
Next: Engkilili terus nikmati pembangunan pesat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.