Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Terminal Lori Bersepadu pertama Sarawak dibangunkan di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Terminal Lori Bersepadu pertama Sarawak dibangunkan di Miri

Utusan Sarawak 2 months ago
CENDERAMATA… Dato Sri Lee Kim Shin menerima cenderamata semasa majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankuasa Persatuan Pemilik Lori Miri bagi penggal ke-30 di sebuah restoran di Miri, semalam. Foto UKAS

MIRI: Sarawak bakal mempunyai terminal lori bersepadu pertama yang akan dibangunkan di Miri dalam usaha memperkukuh sistem pengangkutan dan logistik negeri.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata terminal lori seluas 6.64 ekar itu akan dibina berhampiran Eastwood Valley Golf and Country Club (EVGCC) di Jalan Miri-Bypass.

Projek ini katanya menerima tambahan peruntukan RM5 juta daripada kerajaan Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM20 juta.

Proses tender semula telah dibuka sejak 25 Februari lalu dengan tempoh pembinaan dijangka mengambil masa 1.5 tahun.

“Terminal lori ini bukan sekadar pusat logistik tetapi akan dilengkapi kemudahan moden seperti gudang, mini bengkel penyelenggaraan, penginapan serta kedai mini bagi pemandu lori jarak jauh dari Kuching ke Miri sebelum meneruskan perjalanan ke Limbang, Lawas, Sabah dan sebaliknya,” katanya ketika berucap di majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankuasa Persatuan Pemilik Lori Miri bagi penggal ke-30 di sebuah restoran di sini, semalam.

Beliau menegaskan bahawa terminal ini akan meningkatkan keselamatan pemandu lori dengan menyediakan tempat rehat yang selesa, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan akibat keletihan.

Selain itu, kewujudan terminal ini dijangka membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandar Miri dengan menyediakan gudang simpanan bagi pemindahan barang menggunakan kenderaan lebih kecil.

“Miri merupakan hab pengangkutan utama di utara Sarawak, dan sistem logistik yang cekap amat penting bagi menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan,” tambahnya.

Dalam ucapannya juga, Lee turut menggesa persatuan lori untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menarik lebih ramai golongan muda menyertai industri pengangkutan lori.

Menurutnya, penyediaan gaji yang lebih kompetitif serta persekitaran kerja yang lebih baik perlu diberi perhatian bagi memperkasakan sektor ini. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sertai Kempen Derma Darah MADANI 12 Mac ini
Next: Mangsa banjir di Tudan terima 500 pek beras, bantuan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.