Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan tambah RM2 bilion tangani isu kadar NRW
  • TEMPATAN

Kerajaan tambah RM2 bilion tangani isu kadar NRW

Utusan Sarawak 2 months ago
DATO Sri Fadillah Yusof menyantuni kanak-kanak yang hadir pada majlis pelancaran Program Agihan Bubur Lambuk Kejiranan Mesra (KJM) Samariang, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM2 bilion lagi tahun ini dalam usaha menangani isu kadar Air Tidak Berhasil (NRW) di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata peruntukan tersebut adalah sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menurunkan kadar NRW di peringkat kebangsaan kepada kurang 35 peratus tahun ini, dengan sasaran seterusnya ditetapkan pada 30 peratus menjelang tahun hadapan.

Sehubungan itu, katanya kerajaan akan melaksanakan inisiatif penggantian paip usang dan meter air di seluruh negara menerusi dua pakej.

”Pakej yang pertama melibatkan negeri-negeri yang mencatatkan kadar NRW melebihi 40 peratus, yang mana mereka akan menerima geran khas bagi melaksanakan kerja penggantian paip dan meter air.

”Sementara itu, bagi negeri dengan kadar NRW di bawah 40 peratus, mereka perlu melaksanakan penggantian paip dan meter terlebih dahulu menggunakan peruntukan sendiri, sebelum menerima pulangan secara berperingkat sebanyak 50 peratus daripada kos pelaksanaan,” katanya semasa ketika menyempurnakan majlis pelancaran Program Agihan Bubur Lambuk Kejiranan Mesra (KJM) Samariang, di sini hari ini.

Menjelas lanjut, katanya peruntukan kali ini akan disalurkan secara berperingkat kepada negeri yang masih menghadapi masalah NRW melebihi 40 peratus.

Tegasnya, kerajaan melihat isu NRW secara holistik kerana kebocoran paip yang tidak dibaiki bukan sahaja membazirkan air, tetapi juga meningkatkan kos operasi dan menjejaskan bekalan air bersih kepada rakyat.

”Langkah kerajaan menangani NRW bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran air dan kos perbelanjaan negara, tetapi juga memastikan bekalan air bersih lebih mampan untuk generasi akan datang,” tambahnya.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM3.6 juta tingkatkan infrastruktur Surau Darul Amin
Next: Peraturan baharu harmonikan undang-undang CCUS Persekutuan-Sarawak diperlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.