Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Samseng Jalanan: Tiga ditahan, 22 saman dikeluarkan
  • JENAYAH

Ops Samseng Jalanan: Tiga ditahan, 22 saman dikeluarkan

Utusan Sarawak 2 months ago
DITAHAN… Seramai 20 individu diperiksa semasa Ops Samseng Jalanan yang dilaksanakan oleh polis trafik IPD Sibu, semalam.

SIBU: Tiga lelaki ditahan dalam Operasi (Ops) Samseng Jalanan di sekitar pusat Bandar Sibu dan Jalan Ramli Amit Sibu, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Polis (ACP) Zulkipli Suhaili berkata ketiga-tiga suspek, masing-masing berusia 15, 17 dan 22 tahun, telah diperiksa dan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Lelaki terbabit direman hingga 11 Mac ini.

HALANG TUGAS… Seorang lelaki tempatan ditahan dan direman hingga 11 Mac ini selepas didapati menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Operasi antara 10.30 malam hingga 4.00 pagi tadi dilakukan oleh sepasukan polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

“Dalam operasi tersebut, seramai 20 individu telah diperiksa.

“Sebanyak 22 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya kesalahan lesen kenderaan motor tamat tempoh, ubah suai struktur motosikal, ubah suai ekzos dan tiada cermin sisi. 

“Turut dirampas empat motosikal di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan untuk tujuan dokumentasi,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Pihak polis terus menasihatkan orang awam supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.

“Ibu bapa juga disaran untuk memantau serta peka dengan aktiviti anak agar mereka tidak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: ‘Kantoi’ guna MyKad palsu beli iPhone
Next: Cubaan seludup RM1.2 juta kelapa tumpas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.