Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • TGS teruskan tradisi Ramadan
  • WILAYAH

TGS teruskan tradisi Ramadan

Utusan Sarawak 2 months ago
TGS bergerak menggunakan motosikal selain berjalan kaki mengelilingi kampung sambil memukul gendang bagi membantu penduduk kampung bersahur. Foto TGS

SIMANGGANG: Team Gerak Sahur (TGS) dari Kampung Hilir Simanggang, meneruskan tradisi setiap Ramadan, iaitu membangunkan penduduk kampung untuk bersahur.

TGS yang dianggotai seramai 22 belia itu akan bergerak secara berkumpulan menggunakan motosikal untuk mengelilingi kampung bermula 3.00 hingga 4.00 pagi.

Ketua TGS, Mohd Sabri Jimi berkata pasukan itu ditubuhkan pada 2017 dan telah menarik penyertaan seramai 22 ahli pada tahun ini, yang terdiri daripada golongan belia kampung terbabit.

“Kami akan bergerak dengan berjalan kaki serta menunggang motosikal mengelilingi kampung sambil memukul gendang yang diperbuat daripada bahan terbuang seperti tong cat.

GENDANG yang diperbuat daripada tong cat manakala batang penyapu digunakan sebagai pemukul gendang. Foto TGS

“Selain itu, kami juga menggunakan alat muzik seperti tamborin, talam dan juga batang penyapu kecil yang berfungsi sebagai pemukul gendang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Sabri berkata selain di Kampung Hilir, mereka juga akan mengelilingi Kampung Tengah, Kampung Hulu selama dua kali seminggu.

“Untuk kampung seperti Kampung Tengah, Kampung Hulu, TGS akan melakukan rondaan selama dua kali seminggu, selain Kampung Hilir akan diadakan setiap malam,” katanya.

Selain itu, Mohd Sabri berkata meskipun menggunakan peralatan yang sederhana, TGS masih mampu menghasilkan alunan muzik yang menghiburkan sekali gus membantu masyarakat Islam untuk bersahur.

TGS ditubuhkan pada 2017 dan dianggotai seramai 22 belia pada tahun ini. Foto TGS

“Kami akan melaungkan ‘Sahur! Sahur! Ayuh Kita Sahur!’ untuk mengejutkan penduduk kampung agar bersahur seawal 3.00 pagi,” katanya.

Selain, beliau turut menambah bahawa aktiviti seperti itu mampu memelihara budaya masyarakat Melayu dan Islam ketika meraikan Ramadan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir: Awang Tengah santuni mangsa di PPS
Next: Pusat Dialisis Selangau dijangka beroperasi Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.