Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sektor Pertanian BDDA luluskan 193 projek setakat Mac ini
  • WILAYAH

Sektor Pertanian BDDA luluskan 193 projek setakat Mac ini

Utusan Sarawak 2 months ago
FRIDAY Belik semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Sektor Pembangunan Agro Pertanian BDDA di Pejabat Residen Bahagian Betong, baru-baru ini. Foto ADUN Krian

BETONG: Sebanyak 193 projek telah diluluskan oleh Sektor Pertanian Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) setakat Mac tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata daripada jumlah itu, sebanyak 38 projek adalah untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.

“BDDA terus komited melonjakkan sektor pertanian yang akan memberikan manfaat, terutama kepada pembangunan sektor pertanian di kawasan DUN yang terlibat di Betong.

“Saya harap dengan kelulusan peruntukan sektor pertanian BDDA untuk DUN Krian ini, ia juga mampu melonjakkan lagi sektor pertanian dan agro makanan di Bahagian Betong ini,” katanya.

Dalam pada itu, Friday turut mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Sektor Pembangunan Agro Pertanian BDDA di Pejabat Residen Bahagian Betong, di sini baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut bertujuan mendapatkan laporan terkini tentang pelaksanaan projek-projek BDDA di bawah sektor pertanian di setiap kawasan DUN Betong oleh agensi pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Veterinar dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC). 

Turut hadir ADUN Layar Dato Gerald Rentap Jabu, ADUN Beting Maro Razaili Gapor, Residen Bahagian Betong Richard Michael Abunawas, Pegawai Tadbir Khas BDDA Abang Mohamed Abang Turkey, Pegawai Pertanian Bahagian Betong Ahmad Arisa serta agensi berkaitan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: KPS cabang Toastmaster pertama guna bahasa Melayu
Next: Banjir: Awang Tengah santuni mangsa di PPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.