Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tapak projek balai bomba Julau tunggu kelulusan SPA
  • Tengah
  • WILAYAH

Tapak projek balai bomba Julau tunggu kelulusan SPA

Utusan Sarawak 2 months ago
TINJAU...Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien memantau keadaan tanah runtuh di Rumah Engdawie, Julau semalam. Foto FACEBOOK Datuk Larry Sng Wei Shien 

JULAU: Tapak projek pembinaan balai bomba dan stesen minyak di Julau telah diluluskan oleh Pejabat Tanah dan Ukur dan kini masih menunggu kelulusan State Planning Authority (SPA). 

Berita gembira untuk penduduk Julau tersebut disampaikan oleh Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien di laman facebooknya selepas meninjau kejadian tanah runtuh di Rumah Engdawie, Taman Mausing Julau, semalam.

Katanya, apabila diluluskan, projek pembinaan tersebut boleh dilaksanakan dan memberi manfaat kepada penduduk Julau.

“Sempena pemantauan saya terhadap kejadian tanah runtuh di Rumah Engdawie, Taman Mausing Julau, saya telah berkongsi hasil perbincangan saya dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

“Dalam pertemuan itu, JBALB berkata loji di Julau itu telah wujud sejak 1970-an tetapi kini sedang dinaik taraf melalui projek daripada kerajaan Sarawak.

“Masalah air di Julau adalah disebabkan kapasiti air yang rendah berbanding bilangan pengguna air yang menyebabkan air sentiasa tidak mencukupi,” katanya. 

Larry yang juga Pengerusi Majlis Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) berkata, penyiapan projek menaik taraf loji air akan menyelesaikan masalah air yang sering dihadapi oleh penduduk di Julau.

“Pada program ini saya telah menyerahkan bantuan kewangan daripada geran Projek Luar Bandar Kecil (MRP) berjumlah RM31,700.

“Antara penerima ialah Rumah Engdawie, Simpang Julau dan Rumah Bunyak Ng Dong,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Masjid Al-Haj, Jerijeh terima sumbangan RM4,000
Next: 20 wanita terima sijil aktif derma darah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.