Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemandu terselamat, kenderaan SUV musnah terbakar
  • KEMALANGAN

Pemandu terselamat, kenderaan SUV musnah terbakar

Utusan Sarawak 2 months ago
KEADAAN kenderaan utiliti sukan (SUV) musnah dalam kebakaran di Jalan Saradise. Kuching malam tadi.

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) musnah dalam kebakaran di Jalan Saradise, Kuching, malam tadi. 

Bagaimapun, pemandunya seorang lelaki berusia 38 tahun, berjaya menyelamatkan diri sebelum api merebak sepenuhnya.  

Menurut Komander Operasi, PBK I Tahir Tuah, sebaik pasukan tiba, hampir keseluruhan SUV tersebut sudah musnah dijilat api. 

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan teknik ‘defensive’ dengan dua aliran salur bantu mula untuk mengawal kebakaran. 

“Api berjaya dikawal pada jam 11:50 malam dan padam sepenuhnya 10 minit kemudian yang melibatkan lapan anggota bomba bersama sebuah jentera FRT. 

“Tiada mangsa dilaporkan dalam insiden ini, dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam satu laporan yang dikeluarkan, malam tadi.  

Menurut laporan tersebut, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 11:39 malam. 

“Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya segera dikerahkan ke lokasi dan tiba dalam tempoh tujuh minit,” jelasnya.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Motosikal terbabas, lelaki disahkan maut
Next: Warga emas maut dilanggar kereta ketika lintas jalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.