Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 27 tan makanan sejuk beku tanpa permit dirampas
  • JENAYAH

27 tan makanan sejuk beku tanpa permit dirampas

Utusan Sarawak 2 months ago

BINTULU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak mencatat kejayaan dalam Operasi Taring Chiller selepas merampas 27,131.8 kilogram makanan sejuk beku tanpa permit sah, semalam.

Serbuan sekitar 10.00 pagi itu melibatkan sepasukan polis dari Cawangan Risik Batalion 12 PGA, Miri bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Cawangan Bintulu di sebuah premis dipercayai digunakan sebagai tempat penyimpanan produk makanan sejuk beku itu.

Komander PGA Briged Sarawak, SAC Dr Che Ghazali Che Awang dalam kenyataan hari ini menjelaskan, seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan dalam serbuan tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati pelbagai jenis makanan sejuk beku disimpan di lokasi berkenaan, dan turut dirampas dalam operasi itu adalah dua kontena serta tujuh kenderaan pelbagai jenis,” katanya dan menambah nilai keseluruhan rampasan dianggar berjumlah RM2,326,524.

Tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Cawangan Bintulu untuk tindakan serta siasatan lanjut di bawah Seksyen 9(1)(3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999. 

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Doktor ganggu pesakit wanita
Next: Penemuan bayi di atas rumput

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.