Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua rumah panjang nikmati bekalan elektrik
  • WILAYAH

Dua rumah panjang nikmati bekalan elektrik

Utusan Sarawak 2 months ago
HANGAT BERBINCANG... Kaunselor Kasdi Pandi mengadakan perjumpaan bersama penduduk Rumah Terence Sumping Cedric Kadak Plunga Atas di Betong, hari ini. -Foto ADUN Kalaka

ROBAN: Penyambungan bekalan eletrik ke Rumah Terence Sumping Plunga Atas dan Rumah Amban Sungai Antu akan dilaksanakan melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP) setelah selesai proses cabut undi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri memberitahu, setelah diadakan beberapa sesi pertemuan dan perbincangan, kerja-kerja pemasangan voltan rendah termasok talian perkhidmatan dan pendawaian dalaman akan dilaksanakan oleh kontraktor yang telah dilantik. 

“Bagi Rumah Terence Sumping sepanjang 20 pintu ini, mereka akan mendapat bekalan elektrik selama 24 jam setelah kesemua kerja-kerja pendawaian dalaman dan pemasangan meter oleh pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) Saratok.

“Bagi Rumah Amban Sungai Antu pula, hanya menunggu kerja-kerja pemasangan tiga fasa ‘service line’ kerana pendawaian utama dan pendawaian dalaman sudah siap dilaksanakan,” tegasnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka mengadakan perjumpaan bersama penduduk Rumah Terence Sumping Cedric Kadak Plunga Atas, hari ini.

Beliau berkata, melalui Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, pelbagai usaha dan kaedah beliau cuba untuk laksanakan bagi memastikan rakyat mendapat bekalan elektrik yang stabil selama 24 jam termasuklah melalui projek RTP selain melalui pelaksanaan projek Dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF).

“Oleh itu, saya akan terus berusaha agar setiap kawasan dan penduduk di DUN Kalaka dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik, yang akan memudahkan aktiviti seharian.

“Sebab itu saya sentiasa berhubung dengan pihak SEB mahupun kontraktor serta kementerian berkaitan bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

OLEH ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Perkhidmatan bas ‘hidup’ semula
Next: 215 peserta tingkat ilmu perkembangan, perlindungan kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.