Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SABERKAS Cawangan Dudong agih 450 bungkus bubur lambuk
  • Tengah
  • WILAYAH

SABERKAS Cawangan Dudong agih 450 bungkus bubur lambuk

Utusan Sarawak 2 months ago
RAMADAN MUBARAK…Yong (empat, kanan) secara simbolik mengagihkan bubur pulut hitam kepada jemaah Masjid Istiqomah, Jalan Sukun sempena Program Agihan Bubur Lambuk anjuran SABERKAS Cawangan Dudong,Sibu  semalam. 

SIBU: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Dudong meneruskan tradisi Ramadan dengan menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk di Masjid Istiqomah, Jalan Sukun, semalam.

Sebanyak 450 bungkus bubur lambuk itu diedarkan kepada para jemaah selepas solat Jumaat dalam program yang bermula pada jam 1.30 petang itu.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Mike Yong Cherng Siong, yang mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato Sri Tiong King Sing.

Kehadiran beliau bukan sahaja memeriahkan majlis tetapi juga menunjukkan sokongan terhadap aktiviti kemasyarakatan seperti ini.

Persiapan bubur telah dilakukan sejak pagi dengan bantuan sukarelawan dan ahli jawatankuasa masjid.

Pihak SABERKAS Cawangan Dudong berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemai semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Turut hadir ialah Pengerusi SABERKAS Cawangan Dudong, Tiong Sie Keong.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: 500 kuntum bunga diagih sempena Hari Wanita Sedunia hari ini
Next: Warga emas digesa jalani saringan kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.