Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 500 kuntum bunga diagih sempena Hari Wanita Sedunia hari ini
  • Tengah
  • WILAYAH

500 kuntum bunga diagih sempena Hari Wanita Sedunia hari ini

Utusan Sarawak 2 months ago

BINTANGOR: Sambutan Hari Wanita Sedunia Daerah Meradong 2025 diraikan dengan penuh penghargaan apabila 500 kuntum bunga diagihkan kepada golongan wanita sekitar Pasar Tamu Bintangor sebagai simbol penghormatan terhadap peranan mereka dalam masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata wanita adalah tunjang utama dalam pembentukan keluarga dan pembangunan negara. 

“Justeru, pengorbanan serta sumbangan mereka harus diiktiraf dan dihargai oleh semua pihak.

“Pengorbanan seorang wanita perlu dihargai tanpa mengira umur, bangsa atau agama kerana tanpa mereka, banyak perkara tidak dapat dilakukan. 

“Wanita bukan sahaja memainkan peranan penting dalam institusi keluarga, malah mereka kini berada setanding dengan lelaki dalam pelbagai bidang,” katanya kepada media, hari ini. 

Koung Hiing yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor turut menegaskan bahawa wanita telah banyak menyumbang kepada kemajuan negara dengan menjawat pelbagai jawatan tinggi dan membuktikan tiada lagi sekatan terhadap keupayaan mereka untuk terus maju.

Sambutan ini bukan sahaja sebagai tanda penghormatan kepada kaum wanita, malah diharapkan dapat menginspirasi mereka untuk terus mencapai kejayaan dalam keluarga, masyarakat, dan pembangunan negara.

Selain agihan bunga, sambutan serba ringkas ini turut disertai oleh Ketua Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Bintangor, Kaunselor Chieng Ming Kiong dan Ketua Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Bintangor, Ley Chee Hua. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lawatan tapak nilai kemajuan projek RTP kawasan DUN Mambong
Next: SABERKAS Cawangan Dudong agih 450 bungkus bubur lambuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.