Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bentuk generasi baharu berdaya saing peringkat global
  • Tengah
  • WILAYAH

Bentuk generasi baharu berdaya saing peringkat global

Utusan Sarawak 2 months ago
KUKUHKAN KERJASAMA…. Tiong (empat kanan) bersama Dekan Sekolah Pendidikan Antarabangsa Universiti Tianjin Profesor Li Qiang (empat kiri) dan ahli delegasi merakam kenangan selepas sesi dialog hari ini.

SIBU: Perkongsian pendidikan Sarawak-China bukan hanya untuk memperluaskan peluang akademik, malah bagi membentuk generasi baharu bakal yang berdaya saing di peringkat global.

Pengerusi Gabungan Persatuan Sekolah Menengah Persendirian Cina Sibu, Datuk Tiong Thai King turut menggariskan visinya yang bercita-cita tinggi untuk memperkukuh kerjasama pendidikan antara sekolah menengah persendirian Cina di Sarawak dan universiti terkemuka di China.

“Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah. Pertukaran maklumat hari ini bukan sekadar perkongsian, ia adalah satu mercu tanda dalam kerjasama pendidikan Malaysia-China,” katanya pada sesi dialog bersama delegasi pendidikan universiti China di Wisma Huawen Du Zhong, hari ini.

Beliau turut menekankan bagaimana Du Zhong telah berkembang daripada usaha masyarakat untuk memelihara pendidikan dalam bahasa ibunda kepada sebuah institusi yang sangat dihormati dan menarik pelajar dari pelbagai latar belakang.

“Sekolah menengah persendirian Cina dahulu dilihat sebagai benteng pemeliharaan bahasa kita, tetapi hari ini ia sinonim dengan pendidikan berkualiti. Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini diiktiraf lebih daripada 1,000 universiti di seluruh dunia,” katanya.

Tiong memuji langkah perintis kerajaan Sarawak pada tahun 2014 dalam mengiktiraf UEC dan membolehkan graduannya memohon jawatan dalam perkhidmatan awam, satu dasar yang sejak itu telah membawa kepada sokongan kerajaan yang lebih besar, termasuk bantuan kewangan daripada peringkat negeri dan persekutuan.

“Pelajar hari ini adalah generasi yang bertuah berbanding mereka yang terdahulu, mereka mempunyai lebih banyak peluang berbanding sebelum ini dan melanjutkan pelajaran di China adalah antara laluan terbaik yang tersedia,” jelasnya.

Beliau berkata, perkongsian Sarawak-China memainkan peranan dalam melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang penting dalam dunia yang semakin berhubung.

Katanya, tiga bidang utama untuk kerjasama masa depan iaitu Pembangunan Kurikulum Bersama dengan memperkenalkan kursus berkaitan kecerdasan buatan (AI), tenaga hijau, dan teknologi pengangkutan.

“Kedua, Program Pertukaran Tenaga Pengajar dengan meningkatkan latihan profesional bagi guru Du Zhong; dan Biasiswa dan Laluan Pendidikan Tinggi dengan menyediakanbiasiswa serta program persediaan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di China.

“Pendidikan pada akhirnya adalah tentang manusia. Kami mengalu-alukan kerjasama dengan institusi China untuk melahirkan generasi baharu yang bakal berdaya saing di peringkat global,” kata beliau.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lengkapkan tenaga kerja kemahiran asas
Next: Naik taraf sistem saliran Rumah Charli siap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.