Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mobile Service2U: Inisiatif dekati masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Mobile Service2U: Inisiatif dekati masyarakat

Utusan Sarawak 2 months ago
KAUNSELOR Kevin Lau (tiga, kanan) bersama pasukannya ketika program Mobile Service di Kedai Kopi Yalin baru-baru ini.

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan akan mengadakan program Mobile Service2U esok di Kedai Kopi Yalin, yang terletak bersebelahan Pejabat Pos Sibu.

Program ini akan berlangsung dari 9.00 pagi hingga 10.30 pagi dengan kehadiran Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau.

Inisiatif ini bertujuan untuk mendekati masyarakat dan memahami isu yang dihadapi penduduk di kawasan Bawang Assan.

Selain itu, program ini turut diadakan bagi membantu masyarakat, khususnya warga emas, dalam permohonan Kenyalang Gold Card (KGC) serta Skim Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB).

Sehubungan itu, warga emas yang layak memohon KGC dan SCHB digalakkan membawa salinan kad pengenalan (MyKad) bagi mempercepatkan proses permohonan.

Orang ramai, terutama warga emas, dialu-alukan untuk hadir bagi mendapatkan maklumat dan bantuan yang disediakan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SBA terus berfungsi himpunkan wanita cemerlang
Next: Ziarah Ramadan perkukuh silaturahim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.