Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jururawat Sarawak mahu berkhidmat di Bumi Kenyalang
  • TEMPATAN

Jururawat Sarawak mahu berkhidmat di Bumi Kenyalang

Utusan Sarawak 2 months ago
SIMBOLIK… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyuntik penerima suntikan pada Program Imunisasi Influenza Kebangsaan Kepada Warga Emas Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Klinik Batu Kawa, Kuching hari ini. Turut sama, Dr Veronica Lugah. -FOTO BERNAMA

KUCHING: Lebih 800 jururawat dari Sarawak yang kini bertugas di luar negeri berhasrat untuk berkhidmat di kampung halaman mereka, menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, terdapat kekosongan jawatan di Sarawak pada masa ini yang dapat memenuhi permintaan mereka.

Beliau berkata, penempatan petugas penjagaan kesihatan ialah satu daripada isu yang sedang dibincangkan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Itulah sebabnya kita mahu menguruskan sistem penjagaan kesihatan daripada menunggu keputusan penempatan oleh kerajaan Persekutuan. Perkara ini antara isu di bawah MA63 yang dibincangkan supaya kita dapat membuat keputusan sendiri.

“Kami (memahami) bahawa kebanyakan mereka lebih suka untuk bekerja di negeri asal. Kos untuk pulang ke kampung halaman juga lebih murah dan perbezaan amat ketara,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Imunisasi Influenza Kebangsaan untuk Warga Emas di Sarawak, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni memberitahu bahawa penempatan jururawat di luar negeri asal mereka adalah antara sebab ada yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan di Kementerian Kesihatan (KKM).

Keadaan itu menjadi cabaran kepada kementerian kerana penempatan jururawat ditentukan berdasarkan keperluan di setiap negeri.

Beliau berkata, sejumlah 1,754 jururawat berhenti daripada KKM sejak lima tahun lepas, dengan 27.98 peratus daripada mereka berbuat demikian disebabkan masalah peribadi.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: 100 penjawat awam terpilih terima sumbangan
Next: Rumah dua tingkat ranap dijilat api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.