Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat – Fahmi  
  • NASIONAL

Gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat – Fahmi  

Utusan Sarawak 2 months ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk kepada Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil di Balairung Seri, Istana Negara hari ini. Sebanyak 32 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 pagi ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang diterimanya hari ini sebagai suntikan semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

MENTERI Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bergambar bersama isteri Datin Myra Mahyuddin bergambar selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 di Balairung Seri, Istana Negara hari ini. Fahmi menerima Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW), yang membawa gelaran Datuk. FotoBERNAMA

Beliau yang menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan mengurniakan darjah kebesaran itu sempena Hari Wilayah Persekutuan, berkata penganugerahan tersebut turut memberi dorongan kepadanya untuk meningkatkan produktiviti Kementerian Komunikasi.

“Saya bersyukur dan menjunjung kasih atas perkenan Tuanku mengurniakan darjah kebesaran ini. Insya-Allah, ia akan memberikan lebih semangat kepada saya dan pasukan untuk terus berkhidmat serta berusaha meningkatkan produktivit kementerian,” katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2025 yang berlangsung di Istana Negara, di sini, hari ini.

Terdahulu, Fahmi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa merupakan antara 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: ‘Pemain Squid Game’ jual air tembikai
Next: Cabaran jadi imam tarawih di New Zealand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.