Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Gelandangan tanpa pengenalan diri ditemukan meninggal dunia
  • JENAYAH

Gelandangan tanpa pengenalan diri ditemukan meninggal dunia

Utusan Sarawak 2 months ago
SEORANG lelaki yang tidak mempunyai pengenalan diri dijumpai meninggal dunia di hadapan kedai serbaneka 24 jam di Batu 6, Kuching, hari ini. Foto IPD Kuching

KUCHING: Seorang gelandangan yang tidak mempunyai pengenalan diri pada mulanya dilaporkan sedang tidur di hadapan kedai serbaneka 24 jam di Batu 6 telah disahkan meninggal dunia di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah menerima maklumat daripada orang awam sekitar 1.15 petang berhubung perkara tersebut.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Sungai Maong, telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati individu tersebut tidak sedarkan diri.

“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

Mohd Farhan berkata siasatan awal lelaki tersebut merupakan seorang penganggur dan gelandangan yang tidak mempunyai pengenalan diri.

“Lelaki tersebut disyaki berusia dalam lingkungan 40 ke 50 tahun mengikut pemerhatian awal terhadap keadaan fizikal.

“Mayat lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan akan dijalankan setelah keluarga si mati dapat dihubungi,” katanya.

Mohd Farhan berkata orang awam yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian agar tampil untuk menyalurkan maklumat berkaitan identiti si mati.

Selain itu, maklumat berkaitan si mati juga boleh disalurkan terus kepada Ketua Polis Balai Sungai Maong, Inspektor Awang Ramzi Awang Junaidi di talian 019-8444123, dan Balai Polis Sungai Maong, 082-420469.

“kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR),” tambahnya.

Beliau turut menasihatkan agar orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini bagi menjaga sensitiviti keluarga tersebut.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Rugi lebih RM1 juta ditipu ‘pegawai Bank Negara’
Next: SPRM selesai temu bual doktor rawat Ismail Sabri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.