Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bazar Ramadan Matu beri peluang peniaga kecil jana pendapatan
  • Tengah
  • WILAYAH

Bazar Ramadan Matu beri peluang peniaga kecil jana pendapatan

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Dr. Juanda Jaya semasa mengunjungi Bazar Ramadan Matu di Tapak Bazar Matu, semalam. Foto UKAS

MATU: Bazar Ramadan Matu memberi peluang kepada peniaga kecil setempat menjana pendapatan sepanjang bulan suci ini selain menjadi tumpuan penduduk sekitar mendapatkan juadah berbuka puasa.

Bazar yang menempatkan 34 lot jualan dengan penyertaan 25 peniaga itu bukan sekadar lokasi membeli juadah berbuka, tetapi turut berperanan sebagai pemangkin ekonomi bagi masyarakat setempat menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman), Datuk Dr. Juanda Jaya, bazar ini memberi manfaat berganda, bukan sahaja memudahkan penduduk mendapatkan hidangan berbuka puasa, malah menyokong pertumbuhan ekonomi kecil dan sederhana di daerah Matu.

DATUK Dr. Juanda Jaya merakam gambar bersama yang lain semasa mengunjungi Bazar Ramadan Matu, semalam. Foto UKAS

“Inisiatif seperti ini amat penting dalam membantu usahawan kecil meningkatkan hasil jualan mereka, selain merancakkan suasana Ramadan dengan kemeriahan bazar yang teratur dan selesa,” katanya semasa majlis ringkas Perasmian Bazar Matu, di Tapak Bazar Matu semalam.

Turut hadir, Timbalan Residen Bahagian Mukah Shafrie Saili, Pemangku Pegawai Daerah Matu Zaraina Sahari serta tetamu jemputan lain. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 1,206 hektar diluluskan di bawah Program Pengukuran Tanah NCR
Next: Bazar Ramadan erat silaturahim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.