Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Petron Malaysia agih 350 kotak alatan dapur memasak, kit bantuan kepada mangsa terjejas banjir
  • SEMASA

Petron Malaysia agih 350 kotak alatan dapur memasak, kit bantuan kepada mangsa terjejas banjir

Utusan Sarawak 2 months ago
SUMBANGAN… Lau (tiga, kiri), Jerome (empat, kanan) serta yang lain merakam kenangan bersama para penerima sumbangan daripada Petron.

SIBU: Petron Malaysia mengagihkan sebanyak 350 kotak berupa alatan dapur memasak, dan kit bantuan kepada beberapa bahagian terjejas di sekitar Sarawak. 

Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sibu, Lucas Lau, berkata bantuan ini bernilai lebih RM200 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM77,000 dalam proses edaran sejak pertengahan bulan lepas.

“Ini adalah termasuk 93 set yang bakal kita edarkan pada hari ini. Pihak MTPN Sibu bertanggungjawab mengurus penerimaan barangan dan maklumat pihak yang terjejas disediakan oleh Pejabat Residen Bahagian Sibu,” katanya pada sidang media di bilik mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Sibu, bangunan Kompleks Islam Sarawak Sibu, hari ini.

Menurutnya, sudah menjadi tradisi Petron menyambut bulan Ramadhan dengan masyarakat setempat setiap tahun terutama pelanggan mereka.

“Pelbagai aktiviti sukarelawan bukan sahaja di kalangan pengusaha stesen minyak, tetapi mereka juga mendapat sokongan dan penglibatan para kakitangan dari ibu pejabat Petron.

“Ini adalah termasuk Jelajah Ramadan Bersama RTM seperti tahun lepas, bagi berkongsi rezeki dan mencipta kegembiraan di kalangan komunti setempat.

“Semoga sumbangan yang diberikan membawa manfaat yang besar bukan sahaja kepada penerima, tetapi juga kepada pihak yang memberi,” jelasnya. 

Lau berkata, MTPN ingin merakamkan rasa simpati dan keprihatinan yang mendalam terhadap semua mangsa banjir yang terjejas atau golongan yang memerlukan. 

“Pihak MTPN ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Residen Bahagian Sibu yang telah banyak membantu dalam menyediakan data penerima. Sumbangan dan kerjasama yang diberikan amat berharga, dan ianya telah mempermudahkan segala urusan yang berkaitan. 

“Pihak MTPN juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Petron yang telah memberikan sumbangan ikhlas ini,” kata beliau.

Turut hadir ialah Pengurus Wilayah Sarawak (Petron) Jerome Baki Menyanggai, wakil Residen Bahagian Sibu, Nursyamilla Jeruis serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Perkukuh kerjasama bangunkan Sarawak Tech City
Next: TYT, isteri hadiri majlis bersungke bersama rakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.