Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kematian pegawai kastam disiasat
  • NASIONAL

Kematian pegawai kastam disiasat

Utusan Sarawak 2 months ago

PUTRAJAYA: Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian kes seorang pegawai kastam yang ditemukan maut di Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, siasatan juga menjurus kepada mengenal pasti punca kematian individu berkenaan.

“Adalah terlalu awal untuk kita membuat sebarang komen (berkenaan kes itu), memadai dengan kita menyerahkan untuk pasukan polis memulakan siasatan terhadap insiden ini,” katanya kepada media selepas menghadiri  Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama warga Kementerian Dalam Negeri, hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan seorang pegawai kastam berusia 45 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terikat menggunakan pengikat kabel.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan berkata pihaknya mendapati lelaki berusia 45 tahun berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring di lantai pejabat.

Mangsa ditemukan dengan  keadaan Ieher dan kaki terjerut menggunakan pengikat kabel.

“Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah dijumpai di tempat kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

-BERNAMA

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes rasuah: Usah buat andaian
Next: PDRM guna AI lancar siasatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.