Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hasrat suami isteri beraya bersama anak tidak kesampaian
  • NASIONAL

Hasrat suami isteri beraya bersama anak tidak kesampaian

Utusan Sarawak 2 months ago
JENAZAH Baharudin Ahmad dan Wan Saniah W Ismail dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Parit Buntar, Perak hari ini. Foto Bernama

PARIT BUNTAR: Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut Aidilfitri bersama anak perempuan mereka di Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan di Jalan Pantai Batu 9, Batu Piandang Kuala Kurai pagi tadi.

Abdul Halim Ahmad, 51, adik kepada Allahyarham Baharudin berkata abangya yang berusia 59 tahun itu telah memaklumkan hasrat berkenaan ketika bertemu dalam sebuah majlis kenduri ahli keluarga mereka, dua minggu lalu.

“Arwah beritahu anak perempuannya tidak mempunyai banyak cuti kerana mereka baru pulang dari menunaikan umrah, jadi mereka berhasrat ke rumah anaknya dan menyambut Hari Raya di situ,” katanya semasa ditemui di Unit Forensik Hospital Parit Buntar di sini hari ini.

PENGAJAR Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perai, Mohd Shukri Abu Hassan, 68, ditemui di Unit Forensik Hospital Parit Buntar, Perak hari ini. Foto Bernama

Sementara itu, Abdul Halim berkata kali terakhir mereka bertemu, abangnya banyak bercerita tentang pengalaman di tanah suci kerana itu antara hasrat selepas bersara sebagai anggota polis sejak lapan bulan lepas.

Baharudin dan isteri, Wan Sanih Wan Ismail, 66, terkorban apabila kereta Perodua Kelisa yang dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah Honda City sekitar 7.25 pagi, manakala anak lelaki pasangan itu yang berusia 13 tahun mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.29 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau bergegas ke lokasi kejadian sejauh sembilan kilometer.

Beliau berkata kemalangan melibatkan dua kenderaan, iaitu Perodua Kelisa dan Honda City, bagaimanapun pemandu Honda City tidak dapat dikesan. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Harga RON97, diesel di Semenanjung turun lima sen
Next: Pegawai kastam ditemukan mati dengan leher, kaki terjerut pengikat kabel di MoF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.