Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki terlibat aktiviti ‘keldai akaun’ dijatuhkan hukuman
  • JENAYAH

Tiga lelaki terlibat aktiviti ‘keldai akaun’ dijatuhkan hukuman

Utusan Sarawak 2 months ago
KETIGA-tiga suspek masing-masing dijatuhkan hukuman RM5,000, RM10,000 dan RM5,500. Foto Polis Daerah Miri

MIRI: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Daerah Miri membuat pertuduhan ke atas tiga lelaki tempatan yang menjalankan aktiviti merekrut ‘Keldai Akaun’ bagi tujuan menipu.

Menurut kenyataan Polis Daerah Miri hari ini, ketiga-tiga suspek dituduh di bawah seksyen 424A Kanun Keseksaan untuk kesalahan dan penalti bagi pemilikan atau kawalan terhadap instrumen pembayaran atau akaun bank orang lain.

Mereka masing-masing telah dijatuhkan hukuman sebanyak RM5,000, RM10,000 dan RM5,500, katanya lagi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya terus berwaspada dan jangan memberikan kad Mesin Teler Automatik (ATM) atau maklumat akaun bank kepada mana-mana pihak.

Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian serupa, mereka dinasihatkan untuk tampil dan menghubungi pegawai penyiasat kes, Insp Ramakrishna Raman, JSJK Daerah Miri di talian 014-3339350 atau Bilik Gerakan IPD Miri (085-432533).

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pecah rumah, curi kabel, 10 individu ditahan di Kuching
Next: 4 tan dadah dirampas, 10,000 suspek ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.