Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jet pejuang Filipina ditemui terhempas, dua juruterbang maut
  • GLOBAL

Jet pejuang Filipina ditemui terhempas, dua juruterbang maut

Utusan Sarawak 2 months ago
FAIL… Gambar yang diambil pada 28 November 2015 menunjukkan pesawat pejuang ringan FA-50 buatan Korea Selatan dengan nombor ekor 002 dan 001 untuk Tentera Udara Filipina di atas landasan di Pangkalan Udara Clark di Angeles City, Wilayah Pampanga, Filipina. Foto AFP

KARACHI: Sebuah jet pejuang F-50 milik Tentera Udara Filipina (PAF) yang dilaporkan hilang pada Selasa lalu telah ditemukan terhempas di Gunung Kalatungan, Wilayah Bukidnon, selatan Filipina.

Jurucakap Komando Mindanao Timur, Leftenan Kolonel Salvacion Evangelista dalam satu kenyataan berkata pasukan peninjau udara mengesan dua mayat berhampiran lokasi nahas, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik akhbar ‘Manila Times’.  

Pesawat berkenaan ditemukan pada 11.00 pagi waktu tempatan, namun butiran mengenai keadaan pesawat tidak didedahkan. 

Jet pejuang itu dilaporkan hilang pada Selasa ketika menjalankan operasi taktikal susulan pertempuran antara pasukan darat dan anggota New People’s Army, sebuah kumpulan bersenjata Maois, di Bukidnon. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Rumah Putih bantah pembinaan semula Gaza
Next: Wanita berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut tertua dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.