Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas maut dirempuh kereta
  • KEMALANGAN

Warga emas maut dirempuh kereta

Utusan Sarawak 2 months ago
BERTINDAK PANTAS… Anggota APM memeriksa keadaan mangsa sebelum menghantarnya ke hospital bagi menerima rawatan lanjut. FotoAPM LIMBANG 

LIMBANG: Seorang warga emas wanita maut selepas dipercayai dirempuh oleh sebuah kereta jenis Perodua Kancil semasa menyeberangi jalan untuk menunaikan solat Isyak dan tarawih di Kampung Limpaong, malam tadi.

Mangsa, Johara Saleh, 75, mengalami kecederaan parah dalam kemalangan 7.00 malam tadi dan dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja dihantar ke hospital oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) sekitar 8.00 malam.

Kematian mangsa telah disahkan oleh ahli keluarganya dan jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kudung hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun dalam kenyataannya memberitahu, sepasukan anggota yang diketuai Lan Koperal (PA) Amirul Matusin bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kes kecemasan mengenai kemalangan tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan kita membuat pemeriksaan dan mendapati seorang mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Pengadu memaklumkan, sebelum kejadian, mangsa berjalan kaki menuju ke surau dan dirempuh oleh sebuah kenderaan jenis perodua kancil,”ujarnya.

Mangsa yang berada dalam keadaan separa sedar dan mengalami kecederaan di bahagian kaki sebelah kiri dan pendarahan di bahagian belakang kepala.

Oleh Adeng Edrus

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita dilaporkan hilang ditemui selamat
Next: Bot karam: Seorang maut, seorang lagi cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.