Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiong: Tangani segera kejadian tanah runtuh di Taman Belle Hill
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiong: Tangani segera kejadian tanah runtuh di Taman Belle Hill

Utusan Sarawak 2 months ago

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing menggesa pihak berkuasa dan pemaju bertindak segera dalam menangani kejadian tanah runtuh di Taman Belle Hill yang mengancam keselamatan penduduk sekitar.

Beliau menegaskan isu itu perlu ditangani dengan pantas dan tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia melibatkan keselamatan penduduk. 

Menurutnya, semua pihak yang terlibat termasuk agensi kerajaan dan pemaju, mesti mengambil langkah drastik bagi mengelakkan risiko lebih besar.

Antara tindakan segera yang perlu dilaksanakan adalah meneruskan pembinaan tembok penahan dengan pemantauan firma perunding untuk mencegah kejadian berulang.

Selain itu, pemaju pemaju perlu mengemukakan pelan keselamatan kepada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi mendapatkan kelulusan sebelum projek diteruskan, serta membaiki rumah penduduk yang terjejas akibat tanah runtuh tersebut.

“Saya mahu semua pihak bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah ini dengan segera. 

“Keselamatan penduduk mesti menjadi keutamaan, dan saya akan memastikan langkah pemulihan ini dipercepat tanpa sebarang kelewatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh: Bina tembok penahan halang kejadian berulang
Next: Denda lewat: Majlis Perbandaran Sibu tawar diskaun 50 peratus bagi tunggakan cukai taksiran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.