Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Anggota 7 RS gagalkan sindiket cubaan seludup minuman keras bernilai RM170,000
  • JENAYAH

Anggota 7 RS gagalkan sindiket cubaan seludup minuman keras bernilai RM170,000

Utusan Sarawak 2 months ago
BARANG RAMPASAN… Minuman keras yang dirampas dengan nilai rampasan berjumlah RM310,654. Foto Batalion Ketujuh Kawalan Sempadan

LIMBANG: Anggota Batalion Ketujuh Rejimen Sempadan (7 RS) berjaya mengagalkan sindiket cubaan seludup minuman keras bernilai RM170,000 dalam Trup Op Jagakawan di Pos Limbang, awal pagi tadi. 

Briged Kesembilan Infantri Malaysia menerusi kenyataan media memberitahu, seramai 10 orang lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan selain merampas 449 karton minuman keras pelbagai jenama.

“Kesemua individu yang ditahan terdiri daripada tujuh warga tempatan, dan tiga orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina.

“Barangan rampasan berjumlah RM310,654.

“Barangan rampasan terdiri daripada 449 karton minuman keras pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM170,654.

“Turut dirampas, dua van dianggarkan bernilai RM20,000, dan sebuah bot dianggarkan bernilai RM150,000.

“Kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi yang dijalankan Trup Batalion Ketujuh Rejimen Sempadan (7 RS), katanya, di bawah Kawalan Operasi Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd).

Tentera Darat Malaysia, ujarnya, akan terus komited memperkasakan kawalan keselamatan di persempadanan negara bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara terutamanya daripada sebarang jenayah rentas sempadan mahupun pencerobohan PATI.

Tambahnya lagi, Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd), Brigadier Jeneral Jafri Sulaiman dan seluruh warga Tetap Unggul merakamkan ucapan syabas kepada Trup 7 RS atas kejayaan membanteras penyeludupan demi menjaga kedaulatan tanah air di perbatasan negara.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Waspada kes tipu guna kod QR
Next: Ismail Sabri beri keterangan esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.