Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hujan tidak halang pengunjung ‘banjiri’ Bazar Ramadan Sibu
  • WILAYAH

Hujan tidak halang pengunjung ‘banjiri’ Bazar Ramadan Sibu

Utusan Sarawak 2 months ago
PEMILIK gerai air balang, Nur Quzaidah (kanan) bersama suaminya.

SIBU: Walaupun hujan lebat, suasana di Bazar Ramadan Sibu di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II terus dimeriahkan dengan kehadiran pengunjung yang enggan melepaskan peluang mendapatkan juadah berbuka puasa.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati para pengunjung sudah mula membanjiri bazar seawal 2.00 petang, mencari hidangan kegemaran mereka, termasuk bubur lambuk, ayam golek dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional.

Menariknya, selain umat Islam, malah masyarakat bukan Islam turut memeriahkan suasana, mencerminkan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

NURUL Ain Manshor (kanan) bersama keluarganya mengunjungi Bazar Ramadan Sibu di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II, hari ini.

Seorang pengunjung, Nurul Ain Manshor, 26, berkata beliau teruja melihat kemeriahan bazar yang dikunjungi oleh pelbagai kaum dan agama.

“Saya rasa sangat gembira dapat melihat kepelbagaian masyarakat di sini. Ini sesuatu yang unik dan sudah menjadi kebiasaan di Sarawak,” katanya.

Ketika ditanya mengenai harga makanan, Nurul Ain berpendapat ia masih ‘mesra untuk poket’.

“Setiap tahun, makanan yang wajib saya beli ialah murtabak dan roti John. Harganya masih berpatutan dan tidak terlalu mahal,” ujarnya.

Sementara itu, seorang peniaga air balang, Nur Quzaidah, 35, berkata sambutan hari pertama puasa amat menggalakkan, dengan pelanggan sudah mula datang seawal 2.00 petang.

“Alhamdulillah, sambutan sangat baik dan jualan air kami mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Namun, beliau mengakui kenaikan harga bahan mentah seperti susu sedikit memberi kesan kepada kos jualan, tetapi bahan mentah lain masih dalam keadaan stabil.

“Kami berharap pelanggan terus menyokong perniagaan sepanjang Ramadan ini,” tambahnya.

NURUL Syaqilla (kiri) bersama saudaranya menunjukkan ayam yang dimasak unik dalam tempayan ukiran naga.

Dalam pada itu, Nurul Syaqilla, 23, seorang peniaga ayam panggang yang hanya berniaga ketika Ramadan berkata, jualannya mendapat sambutan luar biasa.

“Kami sudah berniaga ayam tempayan naga selama empat tahun. Setiap hari, sekitar 50 ekor ayam yang dipanggang habis terjual, malah ada pelanggan yang membuat tempahan awal,” katanya.

Sebanyak 110 gerai beroperasi di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II sejak 1 Mac lalu, menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa kepada pengunjung.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tingkat kesedaran keselamatan jalan raya sempena Ramadan
Next: Murid SK Ulu Kabo tumpang SK Lempa buat sementara waktu bermula esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.