Penyediaan landskap sesebuah taman rekreasi awam merupakan salah satu kemudahan yang disediakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya kepada komuniti setempat.
Pengurusan landskap yang baik dan berkualiti boleh mempengaruhi kunjungan dan tahap kepuasan pengunjung.
Walau bagaimanapun pengurusan landskap di kebanyakan taman awam secara umumnya masih berada pada tahap yang sederhana.
Secara keseluruhan sesebuah taman rekreasi awam perlu dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang dapat menjamin kepuasan pengunjung seiring dengan keperluan semasa.
Sehubungan itu pengurusan landskap di Taman Tasik Marudi didapati bahawa kunjungan pengunjung disebabkan penyediaan landskap yang memberi suasana tenang, tarikan semula jadi yang menarik, lokasi yang strategik dan pengunjung boleh melakukan aktiviti senaman dan beriadah.
Taman Tasik Marudi yang terletak di atas bukit dan terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh PBT di taman awam ini seperti trek joging, taman permainan kanak-kanak, jambatan gantung, tandas dan sebagainya.
Taman Tasik ini amat sesuai sebagai tempat untuk pengunjung atau keluarga beristirihat, menenangkan fikiran, tempat beriadah dan bersenam ke arah masyarakat yang cergas dan sihat.
Taman Tasik ini turut menyediakan jambatan gantung, pondok dan banyak lagi kemudahan lain sebagai tempat beramah mesra untuk para pengunjung pada hujung minggu.
Yang uniknya bersebelahan Taman Tasik ini juga terdapat Kubu Hose terletak di atas puncak bukit menghala ke sungai Baram dengan keindahan lokasinya menjadi nadi kemajuan perpaduan pelbagai etnik.
Kubu Hose ini dibina pada tahun 1883 dan hingga sekarang kekal sebagai satu legasi kerajaan Brooke di Baram dan masih berdiri megah hari ini sebagai satu simbol penting dalam upacara perdamaian di Baram antara pelbagai kaum.
Kubu Hose ini menyimpan sejarah yang sangat penting kerana di sinilah lahirnya lumba perahu yang dikenali sebagai Baram Regatta.
Baram Regata masih lagi diteruskan di mana acara Baram Regatta ini menarik pengunjung dikalangan penduduk tempatan dan juga pengunjung dari luar.
Tidak lengkap jika datang ke Marudi tidak berkunjung ke Taman Tasik Marudi dan berkunjung ke Kubu Hose yang sangat unik dalam pelbagai aspek dan sejarahnya.