Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertimbang cadangan pasang tangki air di rumah
  • Tengah
  • WILAYAH

Pertimbang cadangan pasang tangki air di rumah

Utusan Sarawak 2 months ago
BEKERJA KERAS… Pihak LAS semasa melakukan kerja-kerja membaiki kebocoran saluran paip utama di hadapan bangunan Persatuan Foochow Sibu di Jalan Salim, semalam. Foto Lembaga Air Sibu

SIBU: Penduduk di bandar ini digesa supaya mempertimbangkan pemasangan tangki air di kediaman masing-masing.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting Ing Horh berkata ini adalah berikutan gangguan bekalan air akibat saluran paip utama 750mm-diameter bocor di hadapan bangunan Persatuan Foochow Sibu di Jalan Salim, baru-baru ini.

Menurutnya, isu tersebut menjadi topik hangat kerana kerja-kerja membaiki saluran paip tersebut mengambil masa lebih 24 jam untuk disiapkan.  

“Semua rumah dan rumah kedai diwajibkan memasang tangki air, tetapi ramai yang menganggap keperluan ini sebagai pilihan.

“Saya berharap selepas kejadian semalam, anda akan mempertimbangkan semula untuk memasang tangki air,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, masalah (paip bocor) di hadapan bangunan Persatuan Foochow Sibu adalah isu jangka panjang, melainkan perubahan drastik dibuat pada reka bentuk sistem paip.

“Lembaga Air Sibu (LAS) bekerja keras untuk membaiki saluran paip, tugas itu mencabar kerana parit itu sedalam lebih 10 kaki, selain terdapat kabel Sesco di atas dan kabel Telekom terputus semasa penggalian,” tambahnya.  

Kerja-kerja pembaikan paip bocor itu bermula sekitar 10.00 malam pada 28 Februari lalu dan ia pada mulanya dijangka hanya mengambil masa sembilan jam.  

Bagaimanapun, LAS mengeluarkan kenyataan semalam (1 Mac) bagi memaklumkan kepada orang ramai mengenai kelewatan akibat kerosakan kabel utiliti akibat kerja-kerja penggalian di tapak berkenaan.  

“Akibatnya, kami terpaksa membenarkan pembekal utiliti masing-masing menjalankan pembaikan yang diperlukan sebelum meneruskan pembaikan paip. Ini menyebabkan kelewatan dianggarkan selama lapan jam,” kata kenyataan itu.  

Sementara itu, dalam kemas kini pada 12.30 pagi hari ini, LAS melaporkan bahawa kemajuan kimpalan telah mencapai 100 peratus. 

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mimpi ngeri penduduk Kampung Dagang berakhir
Next: PJRM terus bantu ringankan beban rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.