Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Gabungan Slam, Orkestra MPO bawa pengalaman luar biasa
  • HIBURAN

Gabungan Slam, Orkestra MPO bawa pengalaman luar biasa

Utusan Sarawak 2 months ago
KONSERT menyerlahkan muzik Slam masih mampu menyentuh jiwa baik pendengar lama ataupun generasi baharu.

KUALA LUMPUR: Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di sini menjadi saksi sebuah kolaborasi epik yang menggabungkan lagu-lagu malar segar era 90-an dengan keindahan muzik orkestra.

Kumpulan Slam yang dianggotai Man (dram), Shah (gitar utama), Lili (gitar bass), Edie (keyboard) dan Zamani (vokalis) tampil bersama-sama dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose, menghiburkan hampir 1,000 penonton pada konsert yang berlangsung 22 Februari lalu.

Slam, antara kumpulan yang mencipta nama pada era 1990-an dan masih relevan hari ini, membuktikan gabungan dua gaya muzik berbeza dapat menghasilkan pengalaman luar biasa menerusi susunan muzik memukau serta mencipta pengalaman audio tiada tandingan buat peminatnya.

KALI pertama Slam bekerjasama dengan MPO dan kali kedua membuat persembahan di pentas DFP selepas Mei tahun lalu, kumpulan berkenaan berjaya membawa penonton menelusuri kenangan indah

Sekalipun itu kali pertama Slam bekerjasama dengan MPO dan kali kedua membuat persembahan di pentas DFP selepas Mei tahun lalu, kumpulan berkenaan berjaya membawa penonton menelusuri kenangan indah menerusi dendangan 16 lagu hit mereka, antaranya Buat Seorang Kekasih, Kurnia, Mentari Muncul Lagi, Jika Kau Rasa Getarnya, Suratan dan Gerimis Mengundang.

Konsert itu juga menyerlahkan muzik Slam masih mampu menyentuh jiwa baik pendengar lama ataupun generasi baharu.

Satu momen paling menyentuh hati adalah ketika Slam mempersembahkan lagu Salam Terakhir, iaitu lagu popular nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Suara Zamani yang penuh emosi dengan iringan susunan muzik orkestra benar-benar menyentuh jiwa penonton sehingga ada antara mereka yang tidak mampu menahan sebak.

Secara keseluruhan, kolaborasi MPO dengan Slam, kumpulan yang telah mewarnai industri muzik tempatan selama lebih tiga dekad bukan sahaja membawa penonton mengimbau nostalgia,  tetapi turut memperlihat kebolehan Slam beradaptasi dengan muzik orkestra sehingga meninggalkan kesan mendalam pada penonton. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Gene Hackman mungkin meninggal sembilan hari sebelum dijumpai
Next: Anora menang Filem Terbaik Oscar 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.