Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembinaan jalan Kupang Bajau bermula
  • Tengah
  • WILAYAH

Pembinaan jalan Kupang Bajau bermula

Utusan Sarawak 2 months ago
GAPOR Ahmad mewakili ADUN Kalaka telah menghadiri upacara miring atas jemputan Tuai Rumah Rengan Bunyat sempena dengan pembinaan jalan Bajau-Kupang, semalam.

SARATOK: Pembinaan jalan Bajau-Kupang telah bermula selepas proses serah tapak pada 17 Januari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata pembinaan jalan raya tersebut memberikan jaringan jalan yang berturap bagi memudahkan perhubungan penduduk Kampung Kupang dan beberapa rumah panjang sekitarnya.

UPACARA miring yang dilakukan oleh penduduk sempena dengan pembinaan jalan Bajau-Kupang.

“Ia akan memudahkan serta menerima manfaat penduduk dari Rumah Rengan Selambong, Rumah David, Rumah Anau, Rumah Ambang, Rumah Rabiah dan beberapa lagi yang menggunakan laluan tersebut untuk menuju ke pekan Saratok.

“Ia sekali gus dapat membantu meningkatkan pertumbuhan sosio-ekonomi penduduk di kawasan tersebut menerusi penyediaan akses yang lebih baik, selamat dan selesa,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad mewakili ADUN Kalaka telah menghadiri upacara miring atas jemputan Tuai Rumah Rengan Bunyat sempena dengan pembinaan jalan Bajau-Kupang, semalam.

IMBAS KEMBALI…. Mohamad Duri bersama agensi pelaksana dan kontraktor pada majlis ringkas serah tapak projek jalan Kampung Kupang ke Simpang Bajau Saratok, baru-baru ini.

Mohamad Duri berharap agar pembinaan jalan Bajau-Kupang tersebut dapat dilaksanakan dalam tempoh yang telah dimeteraikan dalam kontrak memandangkan rakyat sudah lama menunggu jaringan jalan raya yang lebih baik.

Sementara itu, pembinaan jalan Bajau-Kupang sepanjang 20 kilometer akan dibina dalam tempoh 32 bulan. Ia juga turut melibatkan pembinaan lima buah jambatan baharu.

FDZ Engineering Sdn Bhd selaku kontraktor yang telah dilantik akan melaksanakan projek tersebut menerusi proses tender.

Mohamad Duri turut berterima kasih kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kerana merealisasikan projek ini dengan penambahan dana daripada RM90 juta kepada RM112.9 juta.

Jalan Bajau-Kupang katanya lagi dijangka siap September 2027. Skop projek termasuk menurap jalan kepada piawaian JKR R2 (16.9 kilometer) dan R1 (3.0 kilometer), sistem saliran jalan, lima jambatan dan lain-lain keperluan.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Acara bertukar dulang makanan sempena kedatangan Ramadan
Next: Pelajar digesa sertai industri kejuruteraan, tenaga boleh diperbaharui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.