Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bengkel khas Rumah Panjai Go Digital I 8 Mac ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Bengkel khas Rumah Panjai Go Digital I 8 Mac ini

Utusan Sarawak 2 months ago
ORANG ramai yang berminat boleh mengimbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.

SIBU: Individu yang berminat untuk mempelajari kemahiran reka bentuk digital dipelawa menyertai bengkel khas ‘Rumah Panjai Go Digital I: Canva – Learn to Design Like a Pro’ pada 8 Mac ini.

Bengkel yang dijadualkan berlangsung dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang di Hab Inovasi Digital Sibu ini terhad kepada 15 peserta sahaja, bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif.

Peserta akan didedahkan kepada asas penggunaan Canva, termasuk cara membuka akaun, meneroka alat reka bentuk, serta mencipta pelbagai grafik seperti poster acara, risalah perniagaan, kad nama, kandungan media sosial dan video animasi pendek.

Bengkel ini bertujuan membantu usahawan, pelajar, dan pemimpin komuniti meningkatkan kemahiran komunikasi visual mereka.

Dengan kemahiran reka bentuk yang betul, peserta dapat menghasilkan bahan promosi yang lebih menarik dan profesional untuk perniagaan atau organisasi mereka.

Sehubungan itu, peserta digalakkan membawa komputer riba sendiri, kerana hanya lima komputer akan disediakan di lokasi.

Pendaftaran kini dibuka melalui imbasan kod QR atau pautan dalam talian (https://bit.ly/SibuDI).

Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi talian 084-344055.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pusat Khidmat Tanjong Batu sampaikan sumbangan
Next: Pendaftaran SKAS masih dibuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.