Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Katy Perry sertai misi ke angkasa
  • HIBURAN

Katy Perry sertai misi ke angkasa

Utusan Sarawak 2 months ago
PENYANYI AS Katy Perry membuat persembahan semasa Festival Muzik Rock In Rio di Taman Olimpik Rio 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, pada 20 September 2024. Perry dijangka ‘terbang melintasi langit’ pada musim bunga ini apabila dia berlepas sebagai sebahagian daripada kru enam ahli wanita dalam penerbangan angkasa Blue Origin yang seterusnya. Foto AFP

LONDON: Bintang pop Amerika Syarikat, Katy Perry bakal berlepas ke angkasa lepas dengan roket yang dikendalikan oleh Blue Origin, syarikat aeroangkasa milik Jeff Bezos, menurut pengumuman syarikat itu.

Penyanyi lagu Roar yang berusia 40 tahun itu akan menyertai pasukan enam wanita dalam misi New Shepard NS-31 akan datang.

Misi itu merupakan penerbangan manusia ke-11 dalam program New Shepard, lapor PA Media/dpa.

Selain Perry, pasukan itu terdiri daripada saintis roket Aisha Bowe, penyelidik bio-astronautik Amanda Nguyen, pengacara CBS Mornings Gayle King, penerbit filem Kerianne Flynn, dan wartawan Lauren Sanchez.

Dalam satu hantaran di media sosial, CBS Mornings melaporkan bahawa King akan “menuju ke tempat yang jarang dijejaki” dan memberi bayangan bahawa penonton dapat menyaksikan detik bersejarah itu pada musim bunga nanti.

Sanchez, 55, dalam satu video di media sosial, berkata beliau berharap misi itu dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk “mempunyai impian besar.”

“Saya masih tidak percaya ia benar-benar akan berlaku. Ayah saya dahulu mengajar orang menerbangkan pesawat, dan saya sering menghabiskan masa di hangar. Ketika itu, saya fikir impian menjadi juruterbang sudah cukup hebat, tetapi ini lebih luar biasa.”

“Apa yang saya harapkan, penerbangan ini bukan sekadar pengalaman transformasi buat mereka, tetapi juga bagi semua yang akan mendengar kisah mereka. Mudah-mudahan ia dapat mencetuskan imaginasi untuk bermimpi besar dan menggapai bintang,” katanya.

Sejak 2021, Blue Origin membawa pelancong ke angkasa untuk perjalanan singkat.

Beberapa penumpang mendapat peluang itu secara percuma, manakala yang lain membayar sejumlah besar untuk merasai pengalaman mikrograviti. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: ‘100 Lagu 100 Tahun’ dihidupkan semula
Next: Alif Satar main kayu tiga?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.