Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pastikan usaha pemulihan dilaksana dengan pantas
  • Tengah
  • WILAYAH

Pastikan usaha pemulihan dilaksana dengan pantas

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN… Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi bersama tetamu kehormat dan pelajar merakamkan gambar kenangan pada majlis Penyampaian Sumbangan kepada Mangsa Banjir di SK Bintulu.

BINTULU: Banjir besar melanda Bintulu baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk dan sektor pendidikan, namun bantuan segera daripada pelbagai pihak memastikan usaha pemulihan dapat dilaksanakan dengan pantas.

Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu, Mohamed Khaidir Mohamed Arebi, bencana tersebut merupakan kejadian banjir terburuk dalam sedekad, mengakibatkan kerosakan besar kepada kediaman, harta benda serta enam sekolah di daerah ini.

SUMBANGAN… Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyampaikan beg sekolah kepada penerima dan disaksikan oleh tetamu kehormat.

“Kejadian ini berlaku pada waktu yang cukup mencabar, lebih-lebih lagi ketika masyarakat Tionghua baharu sahaja selesai menikmati hidangan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).

“Namun, tindakan pantas daripada pelbagai pihak memastikan bantuan segera dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir di SK Bintulu hari ini.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada Residen Bahagian Bintulu Pengerusi Jawatankuasa Banjir Peringkat Daerah Bintulu, Datu Nyurak Keti atas sumbangan RM120,000 kepada Pejabat Pendidikan Bintulu bagi membaik pulih sekolah termasuk SK Bintulu yang terjejas.

Dalam pada itu, Khaidir turut menghargai sumbangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Sarawak, yang dinaungi oleh Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, atas keprihatinan terhadap murid-murid terjejas.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada PPPM Cawangan Sarawak serta sekretariatnya kerana memilih Bintulu, khususnya SK Bintulu, bagi program sumbangan ini,” tambahnya.

Selain itu, beliau memuji tindakan pantas Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), badan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan, yang memastikan kerja-kerja pembersihan pasca banjir dilakukan segera bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam.

“Dengan semangat kebersamaan dan kepedulian ini, kita bukan sahaja membantu mangsa bangkit semula tetapi juga memastikan proses pembelajaran murid-murid tidak terjejas,” ujarnya.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tingkatkan tahap keselamatan penduduk
Next: RM20,000 untuk empat JKKK, agensi kerajaan DUN Krian  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.