Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak kuat kuasa larangan import khinzir
  • SEMASA

Sarawak kuat kuasa larangan import khinzir

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah menguatkuasakan larangan ke atas import khinzir hidup, daging, serta produk berasaskan khinzir dari Semenanjung Malaysia berikutan penularan wabak Demam Babi Afrika (ASF) di Kuala Langat, Selangor.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, berkata langkah ini diambil sebagai langkah pencegahan untuk melindungi industri penternakan khinzir di Sarawak daripada risiko penularan virus tersebut.

“Kita hanya membenarkan import daging dan produk berasaskan khinzir dari negara yang disahkan bebas daripada ASF dan Penyakit Kuku dan Mulut (FMD).

“Selain itu, loji pemprosesan yang terlibat juga perlu mendapat kelulusan kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak dengan permit import yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau turut menegaskan bahawa Sarawak tidak pernah membenarkan kemasukan khinzir hidup dan daging dari Semenanjung kerana wilayah itu tidak mempunyai status bebas FMD.

Menurutnya, sebarang pengimportan tanpa permit sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 8, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, yang boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 selain penyitaan produk yang terlibat.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Utusan Sarawak’s digital shift a strategic move, not just a trend, says advisor
Next: Misi tiga hari dua malam dekati masyarakat Penan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.