Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pembukaan Peugeot kerjasama Heng Lian Enterprise, dan Stellantis Gurun (M) seiring aspirasi Sarawak ke arah kemampanan alam sekitar
  • BISNES

Pembukaan Peugeot kerjasama Heng Lian Enterprise, dan Stellantis Gurun (M) seiring aspirasi Sarawak ke arah kemampanan alam sekitar

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Pembukaan rasmi Peugeot Kuching hari ini menandakan langkah penting dalam usaha menjadikan Kuching sebuah bandar yang lebih hijau dan lestari melalui teknologi kenderaan elektrik dan hibrid.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng, berkata kehadiran Peugeot seiring dengan aspirasi bandar ini untuk mengurangkan jejak karbon dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

“Komitmen Peugeot terhadap inovasi dalam kenderaan elektrik dan hibrid amat selari dengan visi kami untuk masa depan yang lebih mampan.

“Peugeot bukan sekadar membawa kenderaan baharu ke Kuching, malah membuka peluang kepada penduduk tempatan untuk memiliki kenderaan mesra alam,” katanya

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Peugeot Kuching oleh Heng Lian Enterprise Bhd, di sini, hari ini.

Kerjasama antara Heng Lian Enterprise Berhad dan Stellantis Gurun (M) Sdn Bhd membuktikan sokongan terhadap teknologi hijau dan pembangunan ekonomi setempat.

Pengurus Besar Peugeot Kuching, Sylvia Ng, berkata pihaknya berbangga membawa jenama Peugeot yang terkenal dengan inovasi dan kecekapan ke Kuching.

“Hari ini, Peugeot merupakan sebahagian daripada Stellantis, salah satu kumpulan automotif terkemuka dunia, dan kami berbangga membawa legasi ini ke Kuching.

“Selain menawarkan teknologi mesra alam, Peugeot Kuching turut menekankan aspek latihan berterusan kepada kakitangan untuk memastikan kualiti perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Kami percaya bahawa latihan berterusan amat penting bagi mengekalkan standard tertinggi dalam industri ini,” jelasnya.

Peugeot Kuching menawarkan pelbagai model seperti Peugeot 408, 5008, 3008, 2008, dan Landtrek dengan harga bermula RM126,000 hingga RM198,000.

Selain memberi impak kepada industri automotif, kehadiran Peugeot di Kuching dijangka merancakkan ekonomi setempat serta membuka peluang pekerjaan baharu.

Untuk rekod, Heng Lian Enterprise Bhd diasaskan pada 15 Mac 1984.

Setelah lebih 40 tahun beroperasi, syarikat ini telah membina asas kukuh yang mengkhusus dalam kedua-dua motosikal, dan kereta baharu sertai terpakai.

Penubuhan syarikat ini memberi impak yang bermakna dalam industri automotif, dan kini memiliki empat cawangan di Kuching, dan satu di Putatan, Sabah.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit mengukuh pada sesi awal ketika sentimen pasaran bercampur-campur
Next: Press Metal, BDA meterai MoU untuk projek pembuatan bingkai solar di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.