Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Asteroid 2024 YR4 tidak lagi timbulkan ancaman besar kepada Bumi – NASA
  • GLOBAL

Asteroid 2024 YR4 tidak lagi timbulkan ancaman besar kepada Bumi – NASA

Utusan Sarawak 2 months ago

Lakaran artis mengenai asteroid yang menghampiri Bumi. - Foto fail NASA

LOS ANGELES: NASA mengesahkan bahawa asteroid 2024 YR4 yang pada awalnya dianggap sebagai ancaman berpotensi, tidak lagi menimbulkan ancaman besar kepada Bumi pada 2032 atau selepas itu, lapor Xinhua. 

Asteroid berhampiran Bumi itu yang hampir sebesar padang bola sepak, pertama kali ditemui pada Disember tahun lalu.

Pakar sebelum ini menjangkakan peluang sebanyak tiga peratus bagi asteroid itu menghentam Bumi sebelum mengurangkannya kepada 0.28 peratus pada minggu lalu.

Berikutan pemerhatian lanjut, NASA mengemas kini kebarangkalian hentamannya pada 22 Disember 2032 kepada hanya 0.004 peratus, menurut Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi.

NASA menambah bahawa asteroid itu tidak menimbulkan risiko besar kepada Bumi untuk sekurang-kurangnya satu abad akan datang.

Bagaimanapun, masih terdapat 1.7 peratus kemungkinan ia boleh menghentam bulan. 

NASA akan terus memerhatikan asteroid 2024 YR4 selepas langkah itu memberikan data berharga untuk memajukan kaedah pertahanan planet dan memperhalusi proses ramalan kesan hentaman, menurut agensi itu.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Pesawat American Airlines mendarat di Rom susulan ancaman ‘bom’
Next: Angka kematian cecah 60, WHO siasat wabak misteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.