Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laksana penambahbaikan tingkat kualiti perkhidmatan, kemudahan
  • Tengah
  • WILAYAH

Laksana penambahbaikan tingkat kualiti perkhidmatan, kemudahan

Utusan Sarawak 2 months ago
PENGGUNA Perpustakaan Awam BDA kini boleh meminjam sehingga 10 buku dalam tempoh 14 hari serta mendaftar keahlian menerusi sistem Angka.sa2, dengan penggunaan MyKad, MyKid, atau pasport untuk perkhidmatan sirkulasi.

BINTULU: Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) melaksanakan beberapa penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna.

Menurut jurucakap Perpustakaan Awam BDA, pendaftaran keahlian kini dijalankan sepenuhnya menerusi sistem Angka.sa2.

Sementara itu, peminjaman bahan perpustakaan dipermudahkan dengan penggunaan MyKad bagi pengguna dewasa, MyKid bagi kanak-kanak, dan pasport bagi bukan warganegara.

Selain itu, had peminjaman bahan turut ditingkatkan, di mana pengguna kini dibenarkan meminjam sehingga 10 bahan dalam tempoh 14 hari.

“Penambahbaikan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan serta kemudahan pengguna dalam mengakses perkhidmatan perpustakaan secara lebih sistematik dan mesra pengguna,” ujar kenyataan itu.

Langkah seumpama itu selaras dengan usaha memperkasa budaya membaca serta pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat setempat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba pantau paras air di dua kawasan berisiko banjir
Next: Bomba periksa tiga premis swasta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.