Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau paras air di dua kawasan berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba pantau paras air di dua kawasan berisiko banjir

Utusan Sarawak 2 months ago

SARIKEI: Rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) di kawasan rendah berisiko banjir telah dijalankan oleh pasukan bomba, malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya memantau paras air di dua kawasan. 

“Rondaan pemantauan dijalankan oleh tiga orang anggota bomba di Jalan langsat dan tebingan Sungai Rajang. 

“Pemantauan bermula pada 10.40 malam hingga 11.10 malam,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, semasa pemantauan tersebut, air sedang surut dan paras air dalam keadaan terkawal. 

“Cuaca baik dan keadaan lalu lintas dalam keadaan terkawal di kedua-dua kawasan ini. 

“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan oleh pihak kami,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Abdullah Saidol teruskan tradisi sumbangan sempena Ramadan
Next: Laksana penambahbaikan tingkat kualiti perkhidmatan, kemudahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.