Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Empat keluarga terjejas musibah terima bantuan
  • KEBAKARAN

Empat keluarga terjejas musibah terima bantuan

Utusan Sarawak 2 months ago

SELANGAU: Empat keluarga dari Rumah Panjang Radin Nyawai, Jalan Bukut, Selangau yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran minggu lalu menerima bantuan daripada Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib, hari ini.

Bantuan tersebut disampaikan oleh pegawai dari Pusat Khidmat Mukah bagi pihak beliau, meliputi keperluan harian bernilai RM500 serta wang tunai sebanyak RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas.

Menurut wakilnya, Hanifah berharap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga yang mengalami musibah, selain mengajak masyarakat dan pihak luar untuk turut membantu mereka yang memerlukan.

Laporan awal menyatakan bahawa kejadian tersebut tidak mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa, namun keluarga yang terlibat mengalami kerugian harta benda serta kehilangan tempat tinggal.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui saluran rasmi yang akan diumumkan oleh pihak berkuasa.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tiga rumah terjejas dalam kebakaran di Matang Jaya
Next: Melecur bahagian tangan, suami isteri sehelai sepinggang rumah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.